Tuesday, 21 May 2013
Tuesday, 14 May 2013
Friday, 10 May 2013
10 gambar teknologi
1) JAM TANGAN GPS
Pernahkah terfikir untuk merentas desa dengan jam di pergelangan tangan yang mempunyai kemudahan Sistem Kedudukan Global (GPS).Seharusnya sesiapa saja yang memiliki jam Forerunner 610, anda boleh melakukan apa saja untuk memulakan dimensi baru ketika berlari dan berjoging.Mudah saja. Dengan sentuhan, jentik dan leret, Forerunner 610 membantu anda memulakan larian sambil mengumpul pelbagai data dan kemudian menyimpannya. Untuk rekod, jam canggih ini memberikan anda beberapa cara bagi mengemaskini data latihan. Fungsi leret dan turun naik menjadikan mudah untuk mengubah latar (setting), mengkaji semula arkib larian anda dan banyak lagi.Hanya jentik dengan pantas di atas skrin untuk pergi ke halaman latihan berikutnya dan anda boleh melihat banyak lagi data.Skrin sesentuh 610 yang licin ternyata lasak apabila ia berfungsi. Malah ia mempunyai ketahanan apabila digunakan dalam hujan, berpeluh dan percikan air serta boleh berfungsi walaupun menyentuh dengan sarung tangan.Di sebalik cermin licin ternyata jam ini bersedia untuk bekerja sekeras mana yang pemiliknya inginkan. Ini kerana 610 menyediakan jarak yang tepat, rentak, kedudukan GPS, degup jantung dan kalori.Malah ia boleh memandu anda kembali ke tempat permulaan larian, memberikan anda kebebasan bagi meneroka laluan baru dan tekun mengemudi anda ke tempat permulaan.
![]() |
Alat ini sesuai bagi para ibu yang selalu sibuk dengan kerja-kerja rumah tangga, seperti memasak, berkebun, membersihkan dan mengemas rumah. Gadget ini membantu para ibu supaya dapat mengawasi keadaan buah hatinya setiap waktu, dan portable (mudah dibawa) kerana berfungsi menggunakan frekuensi radio yang menjangkau jarak sejauh 600kaki. Imonitor ini dilengkapi dengan mode night vision, gelombang getar dan zoom digital. Setiap Imonitor memiliki frekuensi yang berbeza sehingga para ibu tidak tertukar mengawasi bayinya dengan kerja-kerja rumah yang menggunakan Imonitor.
3) MESIN WUDHUK AUTOMATIK
Mesin wudu’ automatik ini direka bagi memudahkan seseorang
untuk mengambil wudu’. Teknologi ini direka dengan dua jenis model. Model
pertama digunakan untuk jemaah yang ingin menunaikan solat di Masjid manakala model
yang kedua direka untuk kegunaan di rumah. Model ini direka dengan dua singki
iaitu singki atas dan singki bawah. Singki atas digunakan untuk membasuh muka,
tangan, sebahagian kepala dan telinga manakala singki bawah digunakan untuk
membasuh kaki. Kelebihan rekaan ini adalah jimat dan mudah kerana kosnya tidak
terlalu tinggi dan ia mudah untuk dipasang. Pembaziran air juga tidak berlaku
kerana rekaan ini menggunakan teknologi ‘auto- sensor’. Rekaan ini dibuat dari
bahan plastik yang disalut dengan bahan anti-fungal dan anti-bakteria.
Teknologi terkini yang menggantikan cara lama(tungku
besi). Bantal ini berperanan sebagai tunku mudah alih sangat sesuai
digunakan oleh ibu lepas bersalin,bertujuan untuk membuang angin, melancarkan
peredaran darah, kembong perut, sakit urat, lenguh-lenguh sendi dan membuang
lemak. Keberkesanannya sudah terbukti berkesan, dijamin dan diiktiraf pesatuan
perubatan altenatif moden asia. Teknologi ini berasal dari Jepun. Cara
menggunakannya ialah bantal ini dipanaskan mengunakan soket khas
sehingga 60-80 darjah Celsius. Selepas cas soket akan dicabut,boleh dibawa
kemana sahaja dan haba yang tersimpan dalam bantal berjel ini akan digunakan
untuk merawat seperti yang disenaraikan diatas.
5) KAMERA PENYANGKUT BAJU
Teknologi 'emotion detector' sentiasa memastikan rakaman
dijalankan secara automatik sebaik saja mengesan sebarang pergerakan diruang
yang sedang anda pantau. Rakaman boleh juga dilakukan secara mode manual. Teknologi canggih gred spy ini
dilengkapi penderia yang sensitif pada sebarang pergerakan untuk ianya
menjalankan rakaman secara automatik. Hanya biarkan gajet ini dalam kedudukan
suis ON dan ianya akan merakam secara automatik sebaik saja sebarang pergerakan
dikesan. Ianya terbukti cara yang berkesan untuk memerangkap dan membongkar
petualang yang selalu menggelidah ruang pejabat anda atau penjenayah yang
menceroboh masuk .
6) ALAT PENGESAN LAPTOP
Alat yang digunakan
oleh pencuri-pencuri laptop yang mampu mengesan kehadiran laptop di dalam
kereta anda. Inductive amplifier adalah sejenis alat menguji pendawaian
elektrik yang digunakan oleh juruelektrik bagi mengesan masalah kepada
pendawaian dan kabel elektrik. Ia adalah alat tanpa memerlukan bateri untuk
mengesan wayar elektrik yang terputus walaupun ditanam di dalam dinding simen.
Cara ia mengesan adalah dengan menguatkan medan elektronik disekitar wayar atau
alatan elektrik dan alat ini akan menukarkan ia dengan terus memberikan bacaan
kepada penggunanya.
7)TEMPAT LETAK BUAH TAHAN LAMA
Buah-buahan ( fruits ) memang baik untuk menjaga dan
meningkatkan kesihatan tubuh tetapi buah-buahan yang dimakan haruslah
buah-buahan yang segar bukan yang sudah busuk atau
rosak. BLUE adalah sebuah alat berbentuk mangkok (bowl) yang
dapat membuat buah-buahan dapat bertahan kesegarannya lebih lama dibandingkan
anda memasukkannya ke dalam peti ais ( kecuali peti ais model terbaru yang
sudah memiliki teknologi terbaru ).Alat ini melalui sinar khusus akan membunuh bakteria yang menyebabkan buah menjadi busuk.
8) ALAT PENGECAS SOLAR BATERI KERETA
Kalau anda tidak gunakan kereta untuk beberapa hari atau
minggu, alat ini adalah perlu untuk menjaga hayat bateri kereta. Menggunakan
teknologi solar. ia akan mengecas bateri kereta secara berterusan. Hnya
pasangkan pada cigarette socket dan letakkan pada dashboard.
Alat ini berharga lingkungan RM120.
9) MO-BEN
Mo
: Ben merupakan bekas makanan praktikal yang merangkumi built-in komponen
pemanas filem yang boleh memanaskan makanan dengan suhu pra-air panas.
Mekanisme utamaMo: Ben dalam mengekalkan suhu panas adalah kombinasi dari
insulasi busa-rongga diisi dan built-in pemanas faktor. Terdapat dua bahagian
utama dari peranti, iaitu satu tempat luaran yang mempunyai pemegang membawa,
slip asas getah pelindung dan simpanan alat makanan, dan lain-lain adalah
substensi suhu untuk persiapan makanan. Tempat dalaman memegang makanan dan ia
boleh dibuka untuk kemudahan bagi hidangan pencuci mulut. Keadaan bekas Mo: Ben
ini direka bagi memudahkan pelbagai hidangan untuk diletakkan di dalamnya dan
mengelakkan daripada makanan yang berlainan jenis tersebut bercampur.
10) KAMERA MMS
Kamera pengawasan yang mengesan sebarang pergerakan yang
mencurigakan secara automatik. Ianya bertujuan untuk memantau keselamatan harta
benda mahupun ahli keluarga anda walaupun anda berada jauh ratusan kilometer
secara terus ke handfon anda.
Ciri-Ciri Khas:
- Sistem
pengawasan PIR (Passive Infra Red) yang menghantar amaran keselamatan
terus ke handfon anda.
- Penderia
pengesan pergerakan PIR mengawas serta menghantar imej MMS dan amaran
secara langsung ke handfon anda.
- Boleh
diaktifkan atau di nyah-aktif samada melalui handfon anda sendiri atau
alat kawalan jauh.
- Memerlukan
kad SIM (Maxis, Digi, Celcom dsb) bagi membolehkan penghantaran imej MMS
dibuat.
- Beberapa
penetapan (setup) permulaan SMS perlu dilakukan oleh pengguna.
- Boleh
diprogramkan fungsi kegunaan dengan mesej dan amaran siren sebagai
pilihan.
- Salinan
imej rakaman disimpan ke dalam kad memori SD.
- Halakan
kamera ini ke kawasan yang kritikal dan sensitif mengikut kesesuaian
pemantauan.
- Gunakan
alat kawalan jauh untuk mengaktifkan atau nyah-aktif sistem apabila anda
meninggalkan atau tiba dikawasan pemantauan.
- Disertakan
bersama braket untuk melekatkan kamera ke dinding, siling atau perkakasan
rumah.
Thursday, 9 May 2013
10 funny video
1) funny bird
2) cute panda slide
3) semut cerdik
4) lawak antarabangsa 1
5) lawak senaman
6) minion yang comel
7) lawak kucing gemuk
8) lawak dinosour
9) lawak ayam
10) lawak meniru exam
me..myself and i..
Nama: Nur Amirah Bt Sheikh Abdul Rahim
No. Matrik: A136691
Fakulti: Sains Sosial Dan Kemanusiaan
Program: Antropologi & Sosiologi
Tahun: 2
Asal : Kota Bharu, Kelantan
email: mierasheikh@gmail.com
facebook: https://www.facebook.com/myamiera?
Subscribe to:
Posts (Atom)



















